KESEMUA 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran di seluruh negeri telah ditutup secara rasmi tepat pukul 6 petang Sabtu menandakan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 berakhir secara rasmi.Proses penutupan pusat mengundi dilakukan secara berperingkat sejak dibuka seawal 8 pagi. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 orang daripada keseluruhan 859,760 pemilih biasa telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat pukul 4 petang.SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN Negeri Sembilan mampu mencecah hingga 75 peratus.Menerusi siaran langsung Facebook SPR, pembukaan sampul undi pos boleh disaksikan secara terus bagi memastikan ketelusan proses demokrasi.