suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[TIDAK RASMI] BN dahului kerusi DUN Rantau dan Linggi, Aminuddin ketinggalan jauh

BN mendahului di 13 kerusi setakat pukul 6.46 petang berdasarkan keputusan tidak rasmi.- Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli mendahului kiraan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi mengatasi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH).

Mohd Faizal kini berada di hadapan dengan memperoleh 1,652 undi selepas pengiraan selesai di sembilan daripada 42 saluran.

Sementara itu, Aminuddin memperoleh 859 undi, manakala calon Bersatu, Datuk Zamri Md Said memperoleh 78 undi.

Dalam pada itu, calon BN di DUN Rantau, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mendahului kiraan di DUN Rantau. 

Dalam saingan satu lawan satu dengan calon PH, Dr Azizul Hakim Mahdi, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat memperoleh 2,162 undi manakala Dr Azizul memperoleh 772 undi. 

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa BN mendahului di 13 kerusi setakat pukul 6.46 petang berdasarkan keputusan tidak rasmi.

 

Artikel Lain