suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkembangan terkini sekitar hari mengundi PRN Negeri Sembilan

Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan akan menunaikan tanggungjawab demokratik hari ini.

SERAMAI 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan akan menunaikan tanggungjawab demokratik bagi memilih wakil rakyat baharu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos.

Para pengundi bakal menentukan gabungan parti yang akan diberi mandat untuk membentuk kerajaan negeri selepas tempoh berkempen selama 14 hari berakhir tepat tengah malam Jumaat.

Proses pengundian bermula serentak pada pukul 8 pagi membabitkan 401 pusat mengundi dan 1,668 saluran di seluruh negeri.

Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.

Ikuti blog langsung kami untuk perkembangan terkini sepanjang proses pengundian.

[KEMASKINI TERKINI]

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Membuang Undi Di Pusat Pengundian SJK(C) Kelpin.

Anthony berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang disandangnya sejak 2013.

Ahli Parlimen Seremban itu dicabar Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan, Siow Kong Choon yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Tok Mat hadir bersama isteri.

Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin tiba di SJKC Chung Hua, Rantau kira-kira pukul 8.25 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Mohamad yang mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 2004 akan mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH), Dr Azizul Hakim Mahdi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Ogos 2023, Mohamad mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 10,280 undi.

Datuk Leaw Kok Chan akan membuang undi di Mantin.

Datuk Leaw Kok Chan akan membuang undi di Mantin.

Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Leaw Kok Chan yang selesai mengundi di pusat pengundian Mantin menyeru penduduk setempat supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal berikutan ramalan hujan pada sebelah petang.

“Jadi, keluarlah mengundi lebih awal,” katanya.

Leaw berkata, beliau akan melawat beberapa pusat pengundian di sekitar Temiang selepas selesai membuang undi.

Beliau merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang yang menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan MCA, Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu.

Tiga sekawang hadir bersama membuang undi.

Tiga sekawang hadir bersama membuang undi.

Tiga sahabat baik iaitu Limah Ujang, Juda Amin dan Erah Manap yang tiba bersama-sama untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, mencuri perhatian ramai dengan busana tradisional mereka.

Malah ketika menunggu giliran, gelagat Limah dan Erah yang secara spontan melatah turut mencuit hati pengundi lain sehingga mencetuskan suasana ceria serta mengundang senyuman dan tawa mereka yang berada di sekeliling.

Datuk Seri Mohamad Hasan berbual mesra dengan pengundi warga emas.

Datuk Seri Mohamad Hasan berbual mesra dengan pengundi warga emas.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berbual mesra dengan pengundi warga emas ketika menunggu giliran untuk mengundi di SJKC Chung Hua, Rantau.

Pau Jeou Ching membuang undi di SJKC Kampung Baru Sungai Nipah.

Pau Jeou Ching membuang undi di SJKC Kampung Baru Sungai Nipah.

8.45 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, Pau Jeou Ching membuang undi di SJKC Kampung Baru Sungai Nipah.

Pau berdepan saingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Yew Boon Lye yang juga penyandang kerusi berkenaan.

Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin membuang undi di SJKC Chung Hua

Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin membuang undi di SJKC Chung Hua.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin membuang undi di SJKC Chung Hua, Rantau.

Mohamad akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Datuk Seri Aminuddin Harun membuang undi di IPG Kampus Raja Melewar.

Datuk Seri Aminuddin Harun membuang undi di IPG Kampus Raja Melewar.

9 pagi: Menteri Besar sementara merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membuang undi di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar.

Aminuddin berdepan saingan tiga penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yang dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

 Datuk Leaw Kok Chan bersama isterinya, Chin Lee Ling dan calon kerusi DUN Nilai, Datuk Alan Lai.

 Datuk Leaw Kok Chan bersama isterinya, Chin Lee Ling dan calon kerusi DUN Nilai, Datuk Alan Lai.

Dari kiri, Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Leaw Kok Chan bersama isterinya, Chin Lee Ling dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, Datuk Alan Lai bergambar bersama pengamal media.

Pengundi kali pertama, Jean Wong teruja menunaikan tanggungjawabnya

Pengundi kali pertama, Jean Wong teruja menunaikan tanggungjawabnya.

9.10 pagi: Pengundi kali pertama, Jean Wong, 18, teruja kerana berpeluang menunaikan tanggungjawabnya di peti undi.

“Saya datang awal untuk mengelakkan barisan panjang. Keseluruhan proses pengundian juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” kata penuntut peringkat ijazah itu.

Nurfazlina Abdul Rohni menyusun kerusi roda untuk kegunaan pengundi.

Nurfazlina Abdul Rohni menyusun kerusi roda untuk kegunaan pengundi.

Petugas pilihan raya, Nurfazlina Abdul Rohni menyusun kerusi roda untuk kegunaan pengundi yang mengalami kesukaran berjalan di pusat pengundian SJKC Chung Hua, Rantau.

Nur Farah Arina Abdull Sitar pulang dari Muar, Johor untuk tunaikan tanggungjawabnya.

Nur Farah Arina Abdull Sitar pulang dari Muar, Johor untuk tunaikan tanggungjawabnya.

9.20 pagi: Nur Farah Arina Abdull Sitar, 28, sanggup pulang dari Muar, Johor semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Sebenarnya saya mempunyai urusan di sana dan akan terus bertolak semula ke Muar selepas ini.

“Ini kali kedua saya mengundi selepas pertama kali berbuat demikian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

“Proses pengundian kali ini berjalan sangat lancar,” katanya yang tiba bersama bapanya, Abdul Sittar, 67.

Pasangan pesara tidak pernah melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab.

Pasangan pesara tidak pernah melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab.

9.30 pagi: Pasangan pesara, Ng Wee Chean, 71, dan Kueh Siew Guat, 67, tidak pernah melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi setiap kali pilihan raya diadakan.

“Kami bersarapan terlebih dahulu sebelum datang ke sini. Proses pengundian kali ini juga jauh lebih lancar berbanding pilihan raya terdahulu.

“Anak-anak kami turut pulang semata-mata untuk mengundi hari ini,” kata mereka.

Datuk Seri Jalaluddin Alias membuang undi di sebuah pusat pengundian di Pertang.

Datuk Seri Jalaluddin Alias membuang undi di sebuah pusat pengundian di Pertang.

9.28 pagi: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias membuang undi di sebuah pusat pengundian di Pertang pada Sabtu.

Penyandang kerusi berkenaan berusaha mempertahankan DUN Pertang dalam saingan tiga penjuru.

Datuk Seri Jalaluddin Alias dan isterinya, Datin Seri Maziah Mohd Nor menyambut ulang tahun perkahwinan pada Sabtu.

Datuk Seri Jalaluddin Alias dan isterinya, Datin Seri Maziah Mohd Nor menyambut ulang tahun perkahwinan pada Sabtu.

9.40 pagi: Hari pengundian turut menjadi detik istimewa buat calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan isterinya, Datin Seri Maziah Mohd Nor apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan pada Sabtu.

Jalaluddin sempat berseloroh bahawa beliau masih belum menyediakan hadiah buat isterinya, namun berjanji “akan ada hadiah malam nanti”.

Maziah pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan dan mendoakan pasangan berkenaan.

Dua beradik menunjukkan jari yang sudah dicalit.

Dua beradik menunjukkan jari yang sudah dicalit. 

10.30 pagi: Dua beradik, Nur Izzah Zahra Mazmie, 21, dan Nur Iman Zulfaa Mazmie, 22, menunjukkan jari yang dicalit dakwat kekal selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Maamor pada Sabtu.

Nur Izzah Zahra yang juga pengundi kali pertama berkata, mereka hadir menunaikan tanggungjawab selepas dipujuk oleh nenek.

Sementara itu, Nur Iman Zulfaa yang kali kedua mengundi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 mengakui kini lebih mampu menilai calon berdasarkan kualiti yang dimiliki.

Menurutnya, mereka juga mahu memainkan peranan dalam menentukan hala tuju Negeri Sembilan.

Pengundi kali pertama akui proses pengundian tidak rumit.

Pengundi kali pertama akui proses pengundian tidak rumit.

10.45 pagi: Pengundi kali pertama, Ayu Sofia Abas dan Nur Laila Tun Aqma yang masing-masing berusia 19 tahun mengakui proses membuang undi tidak serumit seperti disangka.

Dua sepupu itu hadir bersama ibu saudara mereka, Rohaida Abu Samah dan menyifatkan keseluruhan proses pengundian berjalan lancar.

Menurut mereka, ibu bapa turut memberikan galakan supaya keluar menunaikan tanggungjawab selepas layak bergelar pengundi.

Sekeluarga buang undi di SMA Dato' Klana Petra Maamor.

Sekeluarga buang undi di SMA Dato' Klana Petra Maamor.

10.55 pagi: Suasana pengundian di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Maamor menjadi momen kekeluargaan buat Nur Hanie Eryqa Mazlan apabila dia hadir bersama adik-beradik serta ibu bapanya untuk membuang undi.

Selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, keluarga berkenaan merancang untuk menikmati sarapan bersama-sama.

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail buat tinjauan di pusat pengundian.

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail buat tinjauan di pusat pengundian.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail melakukan tinjauan di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (SMK KGV).

 

 

Artikel Lain