suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid tiba di Istana Hinggap, pemimpin BN-PN dijangka menghadap Tuanku Muhriz

Petugas media berkumpul dihadapan Istana Hinggap pada malam Sabtu.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tiba di Istana Hinggap di Seremban pada malam Sabtu, dipercayai bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kenderaan dipercayai membawa pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN), termasuk Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, mula memasuki perkarangan istana kira-kira pukul 10 malam.

Ia susulan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang menunjukkan gabungan BN dan PN memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Zahid sebelum ini memaklumkan BN memenangi 18 kerusi DUN, manakala PN memperoleh tujuh kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan 25 kerusi daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Keputusan berkenaan memberi BN-PN kelebihan untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan majoriti besar. -The Star

Artikel Lain