suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keperluan adakan PRK DUN Selangor dimuktamadkan minggu ini - Amirudin

Amirudin berkata, kerajaan negeri ketika ini sedang menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN.

KEPUTUSAN berhubung status sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka dimuktamadkan minggu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri ketika ini sedang menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN berhubung status kerusi berkenaan sebelum dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tindakan lanjut.

"Perkara ini tertakluk kepada prerogatif Speaker. Penasihat Undang-Undang Negeri dijangka menyiapkan nota berkenaan minggu ini sebelum SPR membuat keputusan sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan atau sebaliknya.

"Kami akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh SPR selepas pengumuman Speaker," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bersama penjawat awam serta pelancaran kempen kibar Jalur Gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Selangor sedang meneliti keperluan mengadakan PRK susulan dakwaan berkaitan kelayakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu. 

Artikel Lain