Tangkap layar (screenshot) insiden nahas yang mengorbankan seorang pelajar IPTS ketika dalam perjalanan pulang menghadiri Program RXZ Members 8.0.
SEORANG pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta maut ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0 di Terengganu, dalam kejadian pada petang Ahad.Dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi, mangsa yang dikenali sebagai Arissa Shazzira Zainudin, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa. Hasil siasatan awal, kedua-dua kenderaan berkenaan datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja melecur teruk dirempuh peserta RXZ Members ditidurkan, dipantau rapi di ICU"Pihak polis menerima makluman daripada orang awam berhubung insiden kemalangan jalan raya berkenaan pada pukul 5.10 petang"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y125ZR yang ditunggangi mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pikap, Mitsubihi Triton."Kenderaan itu dikatakan sedang berhenti di lorong kecemasan untuk berehat," katanya.Ujarnya, kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dengan pemandu pacuan empat roda menuju ke Ampang, Selangor manakala mangsa menghala ke Kuantan, Pahang."Akibat rempuhan kuat itu, mangsa telah tercampak ke tengah-tengah jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Kemalangan terbaharu tersebut menyaksikan korban melibatkan peserta Program RXZ Members 8.0 meningkat kepada enam orang setakat ini.