suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPM Fadillah Yusof bakal jalani pembedahan pintasan jantung

Keadaan Fadillah ketika ini dilaporkan stabil.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selepas mendapat nasihat perubatan.

Setiausaha Akhbar Fadillah, Datuk Misiah Taib memaklumkan keadaan Fadillah ketika ini adalah stabil.

Kata Misiah lagi, buat masa ini tiada sebarang pelawat dibenarkan bagi memastikan rawatan dan proses pemulihan Fadillah berjalan lancar.

“Pakar perubatan menasihati beliau agar berehat sepenuhnya dan tidak menerima pelawat bagi memastikan rawatan dan proses pemulihan berjalan lancar,” katanya. 

Menurutnya lagi, keluarga Fadillah turut memohon doa daripada orang ramai agar prosedur pembedahan berjalan lancar dan kembali sembuh sepenuhnya supaya dapat kembali menjalankan tugas.

Artikel Lain