suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Libas parang sebab tak puas hati kena ‘high beam’, dua lelaki diberkas polis

Tangkap layar (screenshot) memaparkan salah seorang suspek mengacukan parang kepada pemandu sebuah kereta kerana berang diberikan lampu tinggi.

SEORANG pemandu berdepan detik mencemaskan selepas kenderaannya dihalang sebelum diserang individu bersenjatakan parang, dalam kejadian di jejambat Senai menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu berlaku kerana suspek tidak berpuas hati disuluh lampu tinggi secara berterusan selepas tiba-tiba memasuki lorong kanan dengan kelajuan perlahan sehingga hampir menyebabkan pelanggaran.

"Seorang daripada suspek kemudian keluar dari kenderaan sambil membawa parang dan mengarahkan pengadu keluar dari keretanya.

"Suspek turut melibas parang ke bahagian hadapan bonet kereta pengadu sehingga meninggalkan kesan cat yang terkopek," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tetak penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan sudah ditahan... Puncanya tak puas hati kena hon

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 26 dan 30 tahun selepas pihak polis menerima laporan pada pukul 8.04 pagi, Ahad.

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek memandu secara berbahaya dan mengugut menggunakan senjata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi di jejambat (flyover) Senai menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Seng Lee berkata, tangkapan itu turut membawa kepada rampasan kunci kereta, telefon bimbit, pakaian, parang berserta sarung dan hulu berwarna hitam sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Sementara itu, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka negatif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan," katanya.

Seng Lee menambah, permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat pada Isnin.

Kejadian yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kereta pengadu turut tular di media sosial.

Artikel Lain