suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Negeri Sembilan umum Isnin cuti peristiwa 

Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad.

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengumumkan Isnin sebagai cuti umum negeri susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Ismail yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan kesembilan pada pagi Ahad berkata, beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mengisytiharkan cuti berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan bekerja keras sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri baru-baru ini.

"Ini adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian serta bekerja keras sepanjang kempen pilihan raya negeri," katanya kepada pemberita.

Dalam PRN Negeri Sembilan pada Sabtu, BN berjaya memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh baki 11 kerusi.

 

Artikel Lain