Tangkap layar (screenshot) seorang juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta minggu lalu, selepas disyaki cuba menyeludup pil ekstasi.
DETIK penahanan seorang juruterbang rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup pil ekstasi dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik menerusi akaun Instagram rasmi pihak kastam Indonesia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, pada Isnin.Rakaman itu memaparkan suspek yang memakai seragam juruterbang berwarna putih berjalan bersendirian di kawasan ketibaan Terminal 3 Antarabangsa sebelum mengambil sebuah bagasi berwarna perak di conveyor belt, serta membawa sebuah beg hand carry berwarna hitam. Menurut pihak kastam, suspek sempat melengkapkan proses Pengisytiharan Kastam (Custom Declaration) menerusi portal All Indonesia sebelum melalui proses penilaian risiko oleh pegawai Risk Assessment Officer (RAO), lapor Kompas.com.Walaupun pada awalnya diarahkan ke laluan khas untuk kru penerbangan (fast track), suspek tetap dipantau berdasarkan analisis risiko yang dijalankan pihak berkuasa.ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta, cubaan seludup 25kg dadah gagalHasil analisis itu menyebabkan suspek diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut terhadap bagasi yang dibawanya.Pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X menemukan imej mencurigakan pada bagasi tersebut sebelum pegawai bertindak membuka dan memeriksa kandungannya.Beberapa helai pakaian dikeluarkan daripada bagasi berkenaan sebelum pihak berkuasa menemui beberapa bungkusan yang dipercayai cuba disembunyikan di bawah timbunan pakaian.Selain bungkusan pil ekstasi, pihak berkuasa turut menemui sebotol kecil urin (air kencing) yang dipercayai disediakan suspek bagi mengelak dikesan sekiranya diarahkan menjalani ujian saringan air kencing secara mengejut oleh syarikat penerbangan atau pihak berkuasa penerbangan.Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 14 bungkusan besar pil ekstasi yang disembunyikan di dalam bagasi berkenaan.Secara keseluruhan, pihak berkuasa merampas 70,114 biji pil ekstasi dengan berat bersih 25,194.83 gram, atau kira-kira 25 kilogram.Selain itu, satu bungkusan dadah jenis methamphetamine (syabu) turut ditemui dalam barangan peribadi suspek.Kes kini disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia mengikut undang-undang berkaitan penyeludupan dan pengedaran dadah.