Aisyah dan Alif bertemu Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu buku 'Wanita Syurga' -Gambar Thread alifteega
USAHAWAN dan pempengaruh, Alif Teega tampil memberikan penjelasan berhubung isu kesilapan penulisan ayat al-Quran serta rujukan terjemahan dalam buku tulisan isterinya, Aisyah Hijanah bertajuk 'Wanita Syurga'.Menerusi perkongsian di media sosial, Alif menegaskan pihaknya tidak berdiam diri sebaliknya telah mengambil tindakan dengan bertemu pihak berautoriti agama bagi mendapatkan penjelasan dan pandangan. "Yang kata saya berdiam diri sejak isu ayat al-Quran tersebut, saya secara proaktif berjumpa dengan autoriti agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil."Saya juga beri penjelasan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang bagaimana isu ini boleh berlaku. Ya, salah tetap salah dan kami mohon maaf," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah tarik balik buku ‘Wanita Syurga’, terlepas pandang naskhah tulisan bersama ‘ghostwriter’ silap ayat al-QuranMengenai isu pemulangan wang (refund) kepada pembeli buku berkenaan, Alif memaklumkan perkara itu akan diumumkan kemudian."Insya-Allah akan dimaklumkan kepada pembeli. Jangan risau. Apa yang salah tetap salah dan wallahi kami cuba sebaik mungkin memperbaiki apa yang termampu di samping permohonan maaf kami," katanya.mStar pada Jun lalu melaporkan personaliti media sosial, Aisyah Hijanah memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi membabitkan kesilapan penulisan ayat suci al-Quran dalam naskhah buku terbaharu terbitannya.Aisyah memuat naik kenyataan permohonan maaf tersebut di Instagram selepas buku berjudul 'Wanita Syurga' itu menerima kritikan hebat daripada orang ramai, khususnya dalam kalangan warga maya sejak kebelakangan ini.Sehubungan kontroversi itu, Aisyah berkata dia mengambil langkah segera menghentikan sementara penjualan semua buku di bawah penerbitannya.Buku tersebut juga ditarik daripada semua kedai serta platform jualan dalam dan luar talian.