suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisyah Hijanah tarik balik buku ‘Wanita Syurga’, terlepas pandang naskhah tulisan bersama ‘ghostwriter’ silap ayat al-Quran

Aisyah tampil membuat permohonan secara terbuka pada Jumaat.

PERSONALITI media sosial, Aisyah Hijanah memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi membabitkan kesilapan penulisan ayat suci al-Quran dalam naskhah buku terbaharu terbitannya.

Aisyah memuat naik kenyataan permohonan maaf tersebut di Instagram selepas buku berjudul 'Wanita Syurga' itu menerima kritikan hebat daripada orang ramai, khususnya dalam kalangan warga maya sejak kebelakangan ini.

"Dengan penuh rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca, para asatizah, dan seluruh masyarakat atas kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat di dalam buku terbitan saya sehingga menimbulkan kegusaran ramai.

"Saya mengakui kesilapan ini adalah tanggungjawab saya sebagai penerbit dan individu yang membawa nama pada buku ini walaupun ini merupakan hasil penulisan bersama seorang penulis ghostwriter.

"Saya sepatutnya memastikan setiap kandungan, khususnya yang melibatkan ayat-ayat al-Quran, disemak dengan lebih teliti sebelum diterbitkan," ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan kontroversi itu, Aisyah berkata dia mengambil langkah segera menghentikan sementara penjualan semua buku di bawah penerbitannya.

Buku tersebut juga ditarik daripada semua kedai serta platform jualan dalam dan luar talian.

Menurutnya lagi, satu semakan semula akan dilaksanakan terhadap kandungan buku sebelum versi baharu yang diperbetulkan diterbitkan kepada pembaca dalam bentuk digital.

"Saya juga menganggap perkara ini sebagai satu teguran daripada Allah agar saya menjadi insan lebih teliti dan bertanggungjawab dalam membawa imej agama," ujarnya lagi.

Sebelum ini, pengguna media sosial kecoh membicarakan kesilapan dalam buku berkenaan dan menggesa ia ditarik semula daripada pasaran.

Artikel Lain