PERSONALITI media sosial Adib Aidil membuat kejutan apabila mengumumkan pernikahannya pada Jumaat.Memilih tarikh indah 26.6.2026, Adib selamat disatukan dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nurul Nadhirah Zaini. "26 Jun 2026, permulaan kisah cinta sepanjang hayat Adib dan Dyra. "Kami ingin menjemput anda menyaksikan penyatuan kami," menurut kapsyen video di Instagram Story.Dalam satu video berasingan, Adib turut dilihat sebak, dipercayai selepas selesai proses ijab dan kabul.ARTIKEL BERKAITAN: Berniaga tak kedekut ‘topping’, pisang goreng cheese air tangan bakal pilot laris di Kajang... Dulu introvert, kini terkenal di TikTokARTIKEL BERKAITAN: Aksi senget kepala peniaga pisang cheese bikin ramai ‘cair’, paling jadi perhatian soalan tentang menu... “Biasa? Biasa maksudnya?”"Terima kasih, thank you abah restukan... terima kasih (kerana) percaya," ujar Adib sambil memeluk seorang lelaki, dipercayai bapa mentuanya.Foto pernikahan juruterbang dan pengusaha jenama makanan Banana Dibs itu turut tular di aplikasi media sosial seperti Threads.Berdasarkan semakan, pasangannya itu turut terlibat dalam dunia penerbangan sebagai seorang pramugari.Wanita itu pernah muncul dalam siaran podcast Borak Dalam Galley (BDG) yang dikendalikan penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella pada tahun 2024.Menurut keterangan di YouTube Zarul Umbrella, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Singapore Airlines.