AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sukar memberikan jawapan berhubung perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang hangat diperkatakan.Menurut Syed Saddiq, 34, ketika ini fokus utamanya adalah terhadap keputusan rayuan akhir berhubung sabitan dan hukuman membabitkan empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang akan diputuskan pada 30 Jun depan. Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak menolak untuk berkongsi perkembangan hal itu sekiranya keputusan yang bakal diterimanya nanti memihak kepadanya.“Sukar untuk saya komen berkenaan perkara itu. Situasi A atau B (ya atau tidak), apa yang akan berlaku selepas ini, saya pun tidak tahu.Sekitar majlis solat hajat dan doa selamat buat Saddiq (kanan).“Lebih baik kita nantikan dahulu. Tetapi saya yakin dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT. Bila kita sudah berusaha dan berada di pihak yang benar, insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik.“Lebih baik kita tunggu sehingga 30 haribulan. Selepas itu saya akan berikan komen susulan. Tetapi kalau ditakdirkan semuanya baik, jangan lupa tanya soalan itu semula,” katanya kepada mStar.Syed Saddiq berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai majlis solat hajat dan doa selamat buat dirinya yang diadakan di Madrasatul Hajjah Zubaidah, Petaling Jaya, Selangor pada malam Khamis.Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang diberikan Bella serta dua anaknya yang sentiasa berada di sisi ketika dia berdepan tempoh sukar sepanjang proses perbicaraan berlangsung.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah jemput orang ramai solat hajat untuk Syed SaddiqARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq bebas, mahkamah ketepikan sabitan dan hukuman seleweng dana ArmadaMalah, dia menyifatkan kehadiran mereka sebagai sumber kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi pelbagai ujian yang melanda dirinya.“Saya dah anggap Bella dan anak-anaknya macam keluarga. Mereka memberikan keceriaan, kebahagiaan dan ketenangan yang luar biasa walaupun emosi saya ketika ini seperti ribut taufan.“Tapi harapan saya, insya-Allah jika semuanya berlangsung dengan baik Selasa depan, itu juga berkat daripada doa mereka,” ujarnya.Berkongsi lanjut mengenai persediaan menjelang keputusan yang bakal diketahui minggu depan, Syed Saddiq berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT selepas melalui pelbagai proses perundangan sejak tujuh tahun lalu.“Doa adalah perisai yang terakhir. Kita dah berusaha sebaik mungkin. Saya tenang kerana yakin berada di pihak yang betul. Saya dah melalui setiap proses kehakiman dan kini sudah masuk tahun ketujuh.“Secara peribadi saya sudah bersedia. Sebab itu apabila mengadakan solat hajat pada malam ini, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT,” jelasnya.Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua sebatan.Saddiq dan Bella (kanan) bertunang pada Mac lalu.Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat menyalahgunakan RM1 juta dana Armada, menyeleweng RM120,000, selain memindahkan wang dipercayai hasil aktiviti haram berjumlah RM100,000 menerusi dua transaksi masing-masing RM50,000 dari akaun peribadi ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).Bagaimanapun, pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan beliau daripada semua pertuduhan selepas membenarkan rayuannya.Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, iaitu peringkat mahkamah tertinggi negara.Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Jun 2026 sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusan muktamad berhubung rayuan tersebut.