suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyandang DUN Layang-Layang umum keluar UMNO, sertai Bersatu

Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (kiri) bersalaman dengan Abd Mutalib yang akan mempertahankan kerusi DUN Layang-Layang di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Abd Mutalib Abd Rahim mengambil langkah mengejut keluar daripada UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Abd Mutalib juga akan mempertahankan kerusi tersebut atas tiket Perikatan Nasional (PN). 

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai ADUN Layang-Layang selama dua penggal berkata, keputusan meninggalkan UMNO dibuat tanpa sebarang perasaan dendam, sebaliknya berasaskan maklum balas diterima daripada pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya memutuskan untuk menyertai (Bersatu) bagi mempertahankan kerusi ini berdasarkan permintaan dan dorongan daripada pengundi saya," katanya pada sidang media di Pejabat Bersatu Bahagian Pagoh pada Khamis.

Beliau turut menjelaskan kawasan DUN Layang-Layang mempunyai majoriti kira-kira 60 peratus pengundi Melayu, yang menurutnya menjadi antara faktor pertimbangannya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Abd Mutalib berjaya memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan calon PKR, Mazlee Malik.

Artikel Lain