Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada UMNO pada Khamis.
PEMIMPIN UMNO Johor tampil membuat laporan polis terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada Khamis.Laporan tersebut dibuat susulan kenyataan Mohd Puad yang didakwa mengaitkan Institusi Diraja mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri termasuk pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu. Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman menyifatkan tuduhan dibuat Mohd Puad sebagai amat berat.Justeru, laporan polis yang dibuat bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadap tuduhan berkenaan.Abdul Halim tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Johor Bahru.ARTIKEL BERKAITAN: Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor dikawal ‘tangan ghaib’Selain Abdul Halim, dilaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kulai Datuk Mohd Jafni Md Shukor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.Manakala Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah membuat laporan di IPD Johor Bahru Selatan.Terdahulu, Mohd Puad pada Khamis mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman peletakan jawatan dan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menegaskan keputusan drastik berkenaan dibuat secara sukarela dan bukannya didorong oleh kepentingan peribadi.Beliau turut meluahkan kebimbangan yang mendalam berhubung dakwaan wujudnya campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran UMNO Johor.