suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor dikawal ‘tangan ghaib’

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi umum keluar UMNO.

DATUK Dr Mohd Puad Zarkashi mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman peletakan jawatan dan keluar daripada parti UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu menegaskan keputusan drastik berkenaan dibuat secara sukarela dan bukannya didorong oleh kepentingan peribadi.

Sebaliknya, beliau meluahkan kebimbangan yang mendalam berhubung dakwaan wujudnya campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran UMNO Johor.  

Sedar langkahnya itu bakal mengundang pelbagai spekulasi, Puad tampil menafikan dakwaan kononnya beliau bertindak demi agenda sendiri, memandangkan parti itu kini berada dalam kedudukan yang stabil.  

"Pasti akan ada pihak yang menuduh saya keluar UMNO demi kepentingan peribadi.

"Persoalannya, mengapa saya perlu keluar pada waktu UMNO dilihat cukup kuat untuk bertanding 56 kerusi secara bersendirian?" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.  

Mengulas lanjut, Puad turut membangkitkan situasi semasa parti yang menyaksikan beberapa figura politik terkenal tanah air dilaporkan kembali menyertai UMNO. 

Antara nama disebut termasuklah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Tan Sri Noh Omar.  

"Persoalannya sekarang, siapa yang sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi? Mereka atau saya?" soalnya lagi membidas tanggapan negatif sesetengah pihak.  

Menjelaskan punca sebenar di sebalik keputusan nekad itu, Puad mendakwa UMNO Johor kini seolah-olah sudah hilang taring dan tidak lagi mempunyai kebebasan mutlak dalam menentukan hala tuju serta membuat keputusan sendiri.  

Meskipun tahu kenyataan lantang itu bakal mengundang kecaman hebat termasuk risiko terhadap keselamatan dirinya, beliau menegaskan sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.  

Dalam pada itu, Puad turut memberi bayangan awal mengenai satu pengumuman besar yang dijangka dibuat pada Sabtu ini (27 Jun) berkaitan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. -The Star

Artikel Lain