Tertuduh didenda RM18,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan MyKad milik individu lain untuk menebus Budi95.
SEORANG bekas jurutera teknologi maklumat (IT) didenda RM18,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan MyKad milik individu lain bagi membeli petrol bersubsidi menerusi Budi Madani RON95 (Budi95).Tertuduh, Aman Rasid, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, pada Rabu. Mengikut pertuduhan pertama, Aman didakwa menggunakan kad pengenalan milik individu lain di sebuah stesen minyak di Alor Lintang pada 1 Jun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki lelong kuota BUDI95 RM2.70 seliter, minta netizen jangan buat kecoh - “Tenang, bukan aku jual dekat Yahudi”Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah stesen minyak di Kampung Raja, pada hari berikutnya.Aman juga sekali lagi didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah stesen minyak di Kampung Raja, pada 15 Jun lalu.Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan.Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pemilik sebenar kad pengenalan berkenaan menyedari kuota bulanan Budi95 miliknya digunakan tanpa kebenaran menerusi TNG eWallet, sedangkan dia tidak mempunyai akaun berkenaan.Pengadu kemudian membuat laporan polis selepas mendapati kad pengenalannya disalah guna oleh individu tidak dikenali untuk urusan pembelian bahan api itu tanpa pengetahuannya.