suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis, kes curi RM10,000 dalam dompet milik warga China masih dalam siasatan

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika sidang media di IPK Selangor.

SIASATAN berhubung kehilangan wang tunai RM10,000 daripada dompet warga China yang telah dipulangkan kepada pemiliknya, masih diteruskan walaupun suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kes berkenaan masih disiasat dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan buat masa ini.

"Saya tidak boleh memperincikan status wang RM10,000 tersebut memandangkan siasatan masih dijalankan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar barang dituduh kebas RM10,000 dalam dompet milik warga China dibebaskan dengan jaminan polis

Kes itu sebelum ini tular selepas seorang wanita warga China mendakwa kehilangan dompet mengandungi wang tunai RM10,000 di sebuah pasar raya di Semenyih.

Mangsa kemudiannya bertemu seorang lelaki yang mendakwa menemui dan memulangkan dompet tersebut, namun wang tunai disimpan di dalamnya didapati hilang.

Lelaki berkenaan bagaimanapun menafikan mengambil wang tersebut ketika ditanya mangsa.

Susulan siasatan yang dijalankan, Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof memaklumkan, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan pada pukul 1 pagi, 18 Jun lalu.

Polis memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti fakta sebenar kejadian dan tindakan lanjut akan diputuskan selepas mendapat nasihat daripada pihak pendakwaan. -The Star

Artikel Lain