suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PDRM buka siasatan kes anggota polis terlibat video tular bercuti di China

Mohd Khalid mengingatkan semua anggota polis supaya menjaga tingkah laku serta ketika berada di dalam atau luar negara.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang didakwa terlibat dalam video tular menghina penduduk tempatan di China.

Menurut Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, anggota terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu hasil siasatan selesai.

"Saya menyeru semua pihak supaya bertenang kerana polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. 

"Selain aspek tatatertib, tindakan sewajarnya juga akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang yang dikenal pasti,” katanya kepada media pada Selasa.

Sebelum ini, tular video percutian seorang wanita menghina penduduk tempatan di China dengan menutup hidung sambil menyebut ‘busuk serta mendakwa mereka ‘tidak mandi’.

ARTIKEL BERKAITAN: Video bercuti di China tular, wanita ambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikecam dakwa warga China ‘busuk’ dan ‘tak mandi’, wanita akhirnya mohon maaf - “Itu hanya reaksi spontan”

Rakaman tersebut mencetuskan kritikan daripada netizen di Malaysia dan China, sekali gus mencetuskan perdebatan meluas di media sosial.

Susulan kontroversi tersebut, dia dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadapnya.

Bagaimanapun, mStar pada Sabtu lalu melaporkan wanita itu tampil membuat permohonan terbuka atas insiden berkenaan.

"Saya dengan rendah serta seikhlas hati ingin memohon maaf atas isu yang tular iaitu kekhilafan reaksi spontan ketika bercuti di negara China pada 15 Jun lepas," kongsinya di TikTok.

Sementara itu, Mohd Khalid mengingatkan semua pegawai dan anggota polis supaya sentiasa menjaga tingkah laku serta disiplin ketika berada di dalam atau luar negara.

Jelasnya, mereka tetap tertakluk kepada peraturan pasukan dan prosedur operasi standard (SOP) walaupun tidak memakai uniform.

 

Artikel Lain