suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar barang dituduh kebas RM10,000 dalam dompet milik warga China dibebaskan dengan jaminan polis

Lelaki itu bebas dengan jaminan polis selepas ditahan pada 18 Jun lalu.

SEORANG penghantar barang yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencuri wang tunai RM10,000 daripada dompet yang dijumpainya, kini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebagai sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan. 

"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof ketika dihubungi pada Selasa.

Pada 18 Jun lalu, suspek ditahan selepas tular satu video yang dimuat naik seorang wanita warga China yang mendakwa kehilangan dompet mengandungi wang tunai RM10,000 di sebuah pasar raya di Semenyih.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pulang dompet warga China direman empat hari, disyaki curi RM10,000

Wanita itu kemudian bertemu dengan seorang lelaki yang mendakwa menemui dan memulangkan dompet tersebut. 

Bagaimanapun, lelaki berkenaan menafikan mengambil wang tunai yang didakwa berada di dalam dompet itu.

Untuk rekod, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi, 18 Jun lalu.

Artikel Lain