suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan hiburan ‘kosong’, Festival Rain Rave jana pulangan hampir RM400 juta

Rain Rave Water Music Festival meriah dengan kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

PENGANJURAN acara Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang pada 30 April hingga 2 Mei lalu berjaya menjana RM320.43 juta kepada ekonomi negara , kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurutnya, festival tiga hari itu menarik 150,000 pelancong domestik, dan 100,000 pelancong asing dari China, Jepun, Bangladesh, India, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

“Ia memberikan anggaran pulangan RM320.43 juta kepada ekonomi,” kata Tiong semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Parlimen pada Selasa.

Menurutnya, penganjuran pesta air itu turut melibatkan enam lokasi lain iaitu Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Labuan dan Langkawi.

Justeri ia menjana pulangan ekonomi sebanyak RM392.33 juta dengan kehadiran kira-kira 415,000 pengunjung secara keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa pisau hadir ‘Rain Rave’ akan dihantar ke Hospital Bahagia

Jelasnya lagi, anggaran impak ekonomi itu dibuat oleh kementeriannya melalui kaji selidik pelawat serta data sokongan oleh Jabatan Perangkaan.

Tiong juga berkata setiap RM1 yang dibelanjakan oleh kerajaan menjana anggaran RM35 dalam pulangan ekonomi.

Tiong berkata festival itu membawa manfaat besar kepada perniagaan runcit, yang mana pusat beli belah seperti Lot 10 mencatatkan peningkatan 40 peratus dalam trafik pengunjung dan Sungei Wang Plaza merekodkan peningkatan 31.3 peratus pengunjung.

Tiong menjawab Young Syefura Othman (PH Bentong) yang bertanya bagaimana acara di bawah kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) itu menyumbang kepada pelancongan di Malaysia.

Datuk Mumtaz Md Nawi (PN Tumpat) kemudian bertanya tentang pecahan perbelanjaan acara itu serta kesesuaian penganjurannya.

Tiong kemudian berkata acara itu terbuka kepada semua pelancong tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

“Siapa sahaja yang mahu hadir, sila hadir. Jika tidak dapat hadir, jangan hadir. Program kami bukan berasaskan kaum atau agama,” tambah Tiong.

 

Artikel Lain