suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tekan ‘like’ Facebook dapat pulangan lumayan, pemandu lori putih mata ditipu sindiket RM80,000

Penipuan atas talian sering menawarkan pulangan lumayan kepada mangsa. -Gambar hiasan

HASRAT seorang pemandu lori untuk menjana pendapatan sampingan bertukar mimpi ngeri apabila dia mengalami kerugian lebih RM80,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kes penipuan bermula selepas mangsa berusia 35 tahun tertarik dengan iklan pekerjaan separuh masa yang menawarkan pulangan lumayan di Facebook pada 3 Jun lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian menghubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat sebelum diberikan tugasan mudah sebagai syarat memperoleh keuntungan.

"Tugasan yang diberikan hanya memerlukan mangsa menekan butang 'Like' pada pautan produk yang dihantar oleh suspek.

"Selepas berjaya menyelesaikan beberapa tugasan, mangsa menerima bayaran yang membuatkan dia yakin tawaran tersebut adalah sah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, selepas menyelesaikan lebih banyak tugasan, mangsa dimaklumkan perlu membuat bayaran kononnya sebagai yuran pengurusan bagi membolehkan keuntungan berjumlah RM400,000 dikeluarkan.

Mangsa kemudian melakukan 21 transaksi berjumlah RM80,580 ke enam akaun bank berbeza antara 11 Jun hingga 22 Jun menggunakan wang yang dipinjam daripada rakan-rakan.

Tambah Azli, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek terus mendesaknya membuat bayaran tambahan bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 3.28 petang Selasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -The Star

Artikel Lain