suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi maut Honda Jazz di Senawang... Pesalah masuk Henry Gurney 3 tahun, ibu bapa kena bayar pampasan RM2,000 setiap keluarga

Pemandu Honda Jazz (tengah) yang mengakibatkan kematian tiga remaja dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Taman Matahari, Senawang, tahun lalu diarahkan ke Sekolah Henry Gurney.

MAHKAMAH Majistret Seremban pada Rabu memerintahkan seorang remaja lelaki bawah umur yang menyebabkan kematian tiga penunggang motosikal selepas melanggar lampu isyarat merah di Senawang, tahun lalu, ditempatkan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman tersebut selepas remaja berkenaan mengaku bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan pesalah dihantar ke Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa pada Rabu.

Mahkamah turut memerintahkan ibu bapa remaja yang kini berusia 18 tahun itu membayar pampasan RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Selain itu, pesalah dikehendaki menjalani pengawasan mandatori selama setahun oleh pegawai pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tamat tempoh tahanan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Aidil hidup kembali, saya boleh maafkan” - Ibu remaja maut dirempuh Honda Jazz tuntut keadilan

Ibunya juga diarahkan menandatangani bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM4,000 bagi memastikan anaknya mematuhi syarat sepanjang tempoh pemulihan.

Tertuduh sebelum ini didakwa menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15; Muhammad Aswari Lotpi, 16, dan Aisar Azim Abdullah, 17, dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Taman Matahari, Jalan Persiaran Senawang 1.

Tertuduh memandu sebuah Honda Jazz ketika kejadian tragis yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam pada 6 Mac 2025.

Pada April tahun lalu, remaja tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, selepas representasi yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara ditolak pada November, dia menukar pengakuannya kepada bersalah pada 17 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hafiza Ishak berkata, mahkamah turut membenarkan keluarga mangsa membacakan penyataan impak mangsa sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam prosiding sama, remaja itu turut didenda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda kerana memandu tanpa lesen.

Sementara itu, peguam tertuduh, Johan Radzi berkata, pihaknya memohon jaminan berkelakuan baik kerana anak guamnya masih menjalani proses pemulihan akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan tersebut.

Artikel Lain