suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Onn Hafiz sangkal dakwaan Puad Zarkashi, pembubaran DUN Johor bukan arahan istana

Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi .

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekeras-kerasnya menafikan dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya Istana Johor mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menteri Besar interim Johor itu turut menyifatkan dakwaan dibuat bekas Speaker DUN Johor berkenaan sebagai satu penyelewengan terhadap proses yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu, Onn Hafiz berkata beliau tidak pernah memaklumkan kepada Puad pihak Istana telah 'mengarahkan' pembubaran DUN Johor seperti didakwa.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Puad saya memaklumkan kepadanya bahawa Istana telah mengarahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor," tegasnya menerusi kenyataan tersebut.

Menurut Onn Hafiz, pembubaran DUN hanya dilakukan selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengikut Perkara 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

ARTIKEL BERKAITAN: Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor dikawal ‘tangan ghaib’

Beliau menjelaskan Menteri Besar tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan DUN sesuka hati kerana proses itu hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan diraja.

"Saya telah mengadakan pertemuan dan membentangkan perkara itu. Selepas mendapat persetujuan, saya secara terbuka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor kepada rakyat," jelasnya. 

Malah beliau turut menegaskan, mendapatkan perkenan Diraja adalah satu keperluan Perlembagaan dan tidak boleh ditafsirkan sebagai menerima arahan atau campur tangan politik daripada pihak Istana.

Onn Hafiz berkata adalah tidak bertanggungjawab jika proses sah di sisi Perlembagaan digambarkan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Institusi Diraja campur tangan dalam urusan politik serta keputusan UMNO Johor.

Dalam pada itu, ketika mengakui pendirian Puad untuk meninggalkan UMNO dan mempunyai pandangan berbeza daripada kepimpinan parti, Onn Hafiz berkata dakwaan itu serius dan boleh menyentuh isu sensitif melibatkan kaum, agama dan kerabat Diraja (3R), yang berpotensi menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Susulan itu katanya, UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berkenaan, selain menggesa semua pihak menghormati Institusi Diraja, menjunjung Perlembagaan dan tidak menggunakan institusi tersebut dalam pertikaian politik. -The Star

 

Artikel Lain