SEORANG lelaki dijatuhi hukuman 39 tahun penjara dan 10 kali sebatan atas tiga pertuduhan merogol anaknya sejak mangsa berusia 12 tahun.Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhi hukuman itu kepada tertuduh di Mahkamah Jenayah Seksual, Putrajaya selepas dia mengaku bersalah ke atas tiga pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 46 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersbeut sekitar awal 2024, hujung 2024 dan Jun lalu antara pukul 12 tengah malam sehingga 12 tengahari.ARTIKEL BERKAITAN: Juruteknik hadapi 52 pertuduhan serangan seksual, rogol anak kandungPerbuatan jijik itu terbongkar selepas tertuduh membawa mangsa untuk menjalani pemeriksaan di hospital.Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa telah hamil selama enam minggu empat hari.Selain hukuman penjara dan sebatan, Kunasundary turut mengenakan perintah tambahan dengan mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang di penjara serta pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus terdahulu memaklumkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pegawai perubatan pada pukul 9.07 malam pada 18 Jun lalu.Menurutnya, mangsa telah dipaksa melakukan hubungan seksual bersama bapanya sejak berumur 12 tahun dan kini dilaporkan hamil.