suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Pengguna lebuh raya terkejut jumpa mayat lelaki separuh bogel di lorong kecemasan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Gambar hiasan

PENGGUNA Lebuh Raya Utara–Selatan (arah utara) di Kilometer 198.5 dekat Alor Gajah, Melaka digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di lorong kecemasan, pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar pukul 6.30 pagi.

Dilaporkan, mangsa ditemui kira-kira pukul 6 pagi oleh orang awam sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat jururadiografi ditemukan terapung dalam sungai... Sempat berbuka puasa dengan keluarga sebelum menghilang

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang masih belum dikenal pasti identitinya dan dianggarkan berusia lingkungan 40-an.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian tidak lengkap serta mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, ujarnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian dan kematian mangsa masih dalam siasatan.

Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian serta membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Loh Xia Gao atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Alor Gajah.

Artikel Lain