suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh jumpa bom berhampiran landasan, Lapangan Terbang Labuan ditutup serta-merta

Notis penutupan itu berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.

JADUAL penerbangan di Lapangan Terbang Labuan tergendala susulan penemuan bom kira-kira 150 meter dari landasan.

Berdasarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang dimuat naik di Facebook Malaysia Airports, penutupan sementara landasan itu dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada petang Jumaat dan berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu menyebabkan penerbangan dari Labuan ke Miri dan Kota Kinabalu dibatalkan.

Beberapa lagi penerbangan lain yang dijadualkan tiba dan berlepas turut dilencongkan atau ditangguhkan.

"Penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari Labuan dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan terkini serta urusan perjalanan masing masing dengan syarikat penerbangan sebelum berangkat ke lapangan terbang," menurut kenyataan itu.

Artikel Lain