KABINET bersetuju melaksanakan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam, berkuat kuasa 1 Ogos ini.Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penjawat awam dibenarkan bekerja selama dua hari dari rumah atau dari lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan. Kemudian mereka perlu kembali bekerja selama tiga hari di pejabat, tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian tugas serta syarat yang ditetapkan.Dalam kenyataan pada Jumaat, JPA memaklumkan rangka kerja HBH akan menggantikan pengaturan sedia ada iaitu Bekerja Dari Rumah (BDR)."Penjawat awam boleh bekerja dua hari dari rumah atau dari lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan dan tiga hari di pejabat, tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat yang ditetapkan."HBH merupakan inisiatif baharu kerajaan yang memperkenalkan pengaturan kerja lebih fleksibel kepada penjawat awam tanpa mengurangkan tempoh waktu bekerja," menurut kenyataan itu.JPA memberi jaminan pelaksanaan HBH tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam yang penting.Perkhidmatan kaunter serta fungsi yang memerlukan kehadiran fizikal akan terus beroperasi seperti biasa, termasuk sektor keselamatan, pertahanan, pendidikan, kesihatan dan kehakiman.Bagi negeri yang menjadikan Ahad sebagai hari kelepasan mingguan, Isnin dan Jumaat ditetapkan sebagai hari wajib hadir ke pejabat.Sementara itu, bagi negeri yang menjadikan Jumaat sebagai hari kelepasan mingguan iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, hari Ahad dan Khamis ditetapkan sebagai hari wajib hadir ke pejabat.Menurut JPA, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi perkhidmatan awam kerajaan yang bertujuan memodenkan sektor tersebut melalui amalan kerja berasaskan hasil serta penggunaan teknologi digital secara lebih meluas.Jabatan itu turut memaklumkan satu mekanisme pemantauan akan diperkenalkan bagi memastikan integriti, prestasi dan penyampaian perkhidmatan kekal pada tahap optimum."Pengaturan kerja hibrid turut dilaksanakan di beberapa negara seperti Singapura, Australia, Finland dan Sweden," menurut kenyataan itu.Garis panduan terperinci serta syarat pelaksanaan HBH akan diumumkan oleh JPA dalam masa terdekat. -The Star