suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa, Onn Hafiz berentap satu lawan satu di Machap

Kerusi DUN Puteri Wangsa yang menyaksikan pertandingan lima penjuru. -Foto The Star

PROSES penamaan calon bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selesai pada pukul 10 pagi Sabtu, sekali gus menyaksikan pelbagai saingan menarik di beberapa kerusi tumpuan.

Antara yang mencuri perhatian ialah kerusi DUN Puteri Wangsa yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai lengkap 56 calon BN PRN Johor... Dr Adham Baba buat ‘comeback’

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Zulkurnain Abdul Rahman mengumumkan lima calon yang bertanding ialah Rashifa Aljunied (Muda), Teow Chia Ling (Barisan Nasional), Dr Maszlee Malik (Pakatan Harapan), Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia) dan calon Bebas, Wang Wee Siong.

Sementara itu, kerusi DUN Skudai pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Nicol @ Ah Kee (Barisan Nasional), Kartiyaini Jeyapalan (Pakatan Harapan), Eugene Chua Meng Chong (Parti Bersama Malaysia) dan Amir Syafiq Ameer Soekre (Parti Sosialis Malaysia). 

Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) akan berentap dengan calon Pakatan Harapan, Nor Hafiz Roslan di DUN Machap.

DUN Bukit Kepong pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan, C. Subramani atau lebih dikenali sebagai Mani, diikuti Ahmad Syar'e Yusof (Barisan Nasional) dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang mewakili Bersatu.

Bagi kerusi DUN Machap pula, pertandingan satu lawan satu bakal berlangsung antara calon Barisan Nasional yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan, Nor Hafiz Roslan.

Susulan penutupan pencalonan, tempoh berkempen selama 14 hari bermula serta-merta mengikut ketetapan SPR dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 10 Julai.

Artikel Lain