EMPAT maut selepas pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, Pahang pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, terdapat lima mangsa yang menaiki pacuan empat roda jenis Ford Raptor dalam kejadian 12.30 tengah hari itu. “Mangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, penumpang wanita di tempat duduk hadapan bersama kanak-kanak lelaki berusia lima tahun termasuk penumpang belakang yang merupakan lelaki berusia 40 tahun.“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang duduk di bahagian belakang pula cedera. “Mangsa dipercayai kembar kepada kanak-kanak yang maut berdasarkan identiti yang ditemukan,” katanya. Difahamkan empat daripada lima mangsa merupakan sekeluarga.Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Bentong.