suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Musim keldai dadah tumpas... Gelagat mencurigakan 3 wanita dari Kota Kinabalu bongkar cubaan seludup dadah ke Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia sedang menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga suspek. -Gambar hiasan

CUBAAN tiga wanita warga Malaysia menyeludup pelbagai jenis dadah ke Indonesia berjaya dipatahkan oleh pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Terminal 2F Ketibaan Antarabangsa pada Isnin (3 Ogos), selepas ketiga-tiga suspek tiba dengan penerbangan dari Kota Kinabalu, lapor CNN Indonesia.

Menurut pihak Kastam Indonesia, tiga wanita berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pegawai Behavior Detection Officer (BDO) sebelum diarahkan ke laluan merah untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka dipercayai cuba menyembunyikan bahan terlarang di beberapa tempat, termasuk dalam beg peralatan mandian di dalam bagasi, dompet, bungkusan ubat, poket jaket serta di dalam kasut yang dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Taktik ‘pemuda korset’ dari Malaysia tumpas di Surabaya! Polis Indonesia jumpa 1,000 pil ekstasi, 1 kg syabu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kastam Indonesia ‘upload’ rakaman CCTV detik penangkapan juruterbang Malaysia disyaki seludup dadah, suspek siap ‘standby’ sebotol urin

Antara barang yang dirampas ialah bahan disyaki kokain dalam bentuk serbuk dan abu masing-masing seberat 0.5 gram, 0.3 gram dan 2 gram; 4.2 gram pil disyaki mengandungi MDMA (ekstasi), 1.8 gram serbuk disyaki ketamin, rokok gulung yang dipercayai dicampur ketamin seberat 16.9 gram, selain satu kartrij yang disyaki mengandungi ketamin.

Semua bahan yang dirampas telah menjalani ujian awal bagi mengenal pasti kandungannya.

Pihak Kastam Indonesia turut bekerjasama dengan Unit Siasatan Narkotik Polis Lapangan Terbang Soekarno-Hatta untuk menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga suspek yang disyaki terlibat dalam cubaan menyeludup dadah ke negara itu.

Terdahulu, mStar melaporkan pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang syarikat penerbangan dari Malaysia yang disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram pil ekstasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada 29 Julai lalu.

Dalam insiden kedua pada Isnin (3 Ogos) lalu, seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 pil ekstasi dengan menyembunyikannya di bawah korset yang dipakai pada badannya.

Suspek ditahan sebaik tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Sidoarjo, pada Isnin, selepas menaiki penerbangan Batik Air OD352 dari Kuala Lumpur ke Surabaya.

Artikel Lain