suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taktik ‘pemuda korset’ dari Malaysia tumpas di Surabaya! Polis Indonesia jumpa 1,000 pil ekstasi, 1 kg syabu

Seorang warga Malaysia yang disyaki menyeludup dadah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo, Jawa Timur, pada Isnin. -Foto Beritasatu.com/Slamet Wibowo

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 pil ekstasi dengan menyembunyikannya di bawah korset yang dipakai pada badannya.

Memetik laporan Jakarta Globe, suspek yang dikenali dengan inisial DI ditahan sebaik tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Sidoarjo, pada Isnin, selepas menaiki penerbangan Batik Air OD352 dari Kuala Lumpur ke Surabaya.

Menurut pihak berkuasa, pemeriksaan mendapati suspek menyembunyikan empat bungkusan mengandungi 990 gram syabu serta empat lagi bungkusan berisi 1,089 pil ekstasi di bawah korset yang dipakainya bagi mengelak dikesan ketika pemeriksaan keselamatan.

Komander Pangkalan Udara Tentera Laut Juanda, Kolonel Henoch Nasairus Virzawan, berkata cubaan itu bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh pegawai bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kastam Indonesia ‘upload’ rakaman CCTV detik penangkapan juruterbang Malaysia disyaki seludup dadah, suspek siap ‘standby’ sebotol urin

"Suspek cuba menyembunyikan dadah di bawah korset yang dipakainya untuk mengelak daripada dikesan semasa pemeriksaan. Namun, cubaan itu berjaya digagalkan," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku bersetuju menjadi keldai dadah untuk satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana menghadapi masalah kewangan dan dibebani hutang.

Pihak berkuasa menganggarkan nilai rampasan itu mencecah 2.79 bilion rupiah (kira-kira RM634,957) dan dipercayai mampu membekalkan dadah kepada sekitar 6,584 pengguna jika berjaya diedarkan.

Suspek bersama semua barang rampasan diserahkan kepada Polis Sidoarjo untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti rangkaian sindiket antarabangsa yang dipercayai terlibat.

Jika disabitkan kesalahan mengikut undang-undang Indonesia, lelaki itu berdepan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Kes ini berlaku tidak lama selepas pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang syarikat penerbangan dari Malaysia yang disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram pil ekstasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada 29 Julai lalu.

Artikel Lain