suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Niat nak berubat sihir, wanita terkedu jadi mangsa amang seksual perawat perubatan Islam - “Dia kata ada sarang jin kat dada”

SEORANG wanita tampil membuat pengakuan berani apabila mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam di Negeri Sembilan, awal Mei lalu.

Menurutnya, dia memutuskan untuk mencuba perkhidmatan berkenaan selepas melihat siaran langsung di aplikasi TikTok dan membuat temu janji kerana mempercayai dia sedang berdepan gangguan sihir.

Wanita itu mendakwa pada peringkat awal sesi rawatan, perawat terbabit hanya membaca syahadah dan tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan. 

Bagaimanapun selepas sesi berkenaan berlarutan hampir dua jam, dia mendakwa perawat mula menyentuh beberapa bahagian sulit termasuk dada dan kemaluannya dengan alasan terdapat 'sarang jin' dan menyatakan ia merupakan sebahagian daripada proses rawatan.

"Apabila pegang buah dada, dia kata ada sarang-sarang jin kat bahagian tersebut. Kemaluan saya turut dipegang, dia kata kemaluan saya disumbat dan ada seolah-olah ada sebatang besi yang menyula pada bahagian kemaluan saya.

"Saya hanya disuruh membaca syahadah sepanjang rawatan. Ketika itu saya rasa seperti dipukau dan tidak mampu melakukan apa-apa," katanya kepada mStar.

Jelas wanita itu lagi, dia tidak mengetahui kaedah sebenar yang digunakan sebelum hadir kerana siaran langsung perawat hanya memaparkan fasa permulaan proses rawatan.

Malad, keyakinannya bertambah apabila individu terbabit turut mendakwa mempunyai sijil pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mengamalkan kaedah perubatan yang berlandaskan syahadah.

"Saya hanya mendapatkan rawatan sekali, tapi ambil masa lebih tiga bulan untuk tampil kerana masih trauma dan takut.

"Perawat berkenaan pernah menyatakan dia mampu menghantar sihir kepada orang lain serta mempunyai maklumat peribadi pesakit," katanya.

Menurut wanita berkenaan, keberanian untuk membongkar kejadian itu timbul selepas isu membabitkan perawat terbabit mula tular di TikTok, sekali gus membakar semangatnya untuk mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa.

Ekoran insiden itu, dia membuat laporan polis dan mendakwa kertas siasatan mengenainya juga sudah dibuka.

Selain itu dia bersama beberapa aktivis turut menyerahkan memorandum kepada pejabat agama bagi menggesa siasatan dan tindakan serta-merta diambil terhadap perawat terbabit.

Menurutnya, setakat yang diketahuinya, empat mangsa sudah membuat laporan polis manakala beberapa individu lain turut menghubungi pihak berkaitan untuk berkongsi pengalaman, namun masih ramai yang belum berani tampil secara terbuka.

"Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya tiada lagi mangsa menjadi sasaran modus operandi seperti ini. Orang ramai juga perlu lebih berhati-hati ketika mendapatkan rawatan," katanya.

Artikel Lain