suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Malaysia tutup muka, menangis lepas kantoi bawa lebih 70,000 pil ekstasi

Juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan selepas disyaki menyeludup dadah tidak dapat menahan emosi sebaik diberitahu keputusan ujian yang dijalankan pihak berkuasa. -Foto Kompas.com

JURUTERBANG rakyat Malaysia yang ditahan di lapangan terbang di Indonesia kerana disyaki menyeludup dadah, dilaporkan tidak dapat menahan emosi sehingga menangis selepas ujian ke atas pil yang dibawanya disahkan mengandungi dadah jenis Methylenedioxyamphetamine atau MDMA (ekstasi), lapor Kompas.com.

Jurucakap Bea Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Satria Yudhatama berkata, ujian tersebut dijalankan menggunakan bahan kimia khas bagi mengesan kandungan narkotik dalam sampel pil yang dirampas.

"Pegawai Bea Cukai Soekarno-Hatta menjalankan ujian narkotik menggunakan NIK Reagent U terhadap pil yang diseludup.

"Cecair ujian bertukar kepada warna biru, sekali gus mengesahkan ia positif mengandungi MDMA (ekstasi)," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan rakaman video yang diterima media tempatan, pegawai terlebih dahulu menyediakan kit ujian sebelum mengambil sedikit sampel daripada pil tersebut untuk dianalisis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ‘fly’ ke Indonesia, juruterbang Malaysia ambil puluhan ribu bekalan dadah di Ampang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kastam Indonesia ‘upload’ rakaman CCTV detik penangkapan juruterbang Malaysia disyaki seludup dadah, suspek siap ‘standby’ sebotol urin

Sampel itu kemudian dimasukkan ke dalam bekas berisi reagen kimia dan digoncang sehingga bercampur sepenuhnya. 

Selepas beberapa ketika, warna larutan bertukar menjadi biru, menandakan pil berkenaan positif mengandungi MDMA.

Suspek yang menyaksikan sendiri proses ujian itu dilihat menutup wajah dengan kedua-dua tangan sebelum akhirnya menangis apabila keputusan ujian diumumkan.

Pada 29 Julai lalu, suspek ditahan oleh pegawai Bea Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebaik tiba dari Kuala Lumpur selepas disyaki membawa 70,114 biji pil ekstasi dengan berat kasar sekitar 26 kilogram (kg), selain empat gram methamphetamine (syabu).

Menurut pihak berkuasa, pemeriksaan dilakukan selepas imej mesin pengimbas sinar-X mengesan sesuatu yang mencurigakan di dalam sebuah bagasi yang dibawa suspek.

Pada Isnin (3 Ogos), pihak kastam di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta mendedahkan rakaman CCTV detik penahanan suspek menerusi Instagram rasmi mereka.

Rakaman video tersebut menunjukkan suspek yang memakai seragam pembantu juruterbang mengambil bagasi tersebut dari conveyor belt sebelum dihentikan oleh pegawai untuk pemeriksaan lanjut.

Walaupun kru penerbangan mempunyai laluan pemeriksaan khas di lapangan terbang, mereka tetap tertakluk kepada pemeriksaan kastam sekiranya terdapat unsur mencurigakan atau disyaki melanggar undang-undang.

Selain bungkusan pil ekstasi, pihak berkuasa turut menemui sebotol kecil urin (air kencing) yang dipercayai disediakan suspek bagi mengelak dikesan sekiranya diarahkan menjalani ujian saringan air kencing secara mengejut oleh syarikat penerbangan atau pihak berkuasa penerbangan.

Kes itu kini disiasat lanjut selepas Bea Cukai Soekarno-Hatta menyerahkannya kepada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Indonesia (Bareskrim) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Lain