suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebelum ‘fly’ ke Indonesia, juruterbang Malaysia ambil puluhan ribu bekalan dadah di Ampang

Tangkap layar (screenshot) seorang juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, selepas disyaki cuba menyeludup pil ekstasi.

JURUTERBANG warga Malaysia yang ditahan di lapangan terbang di Indonesia kerana disyaki menyeludup dadah dipercayai memperoleh bekalan bahan terlarang itu dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor dua hari sebelum penerbangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek menerima bekalan dadah tersebut sebelum berlepas ke Jakarta.

"Kami juga sudah mengesan nombor telefon yang digunakan suspek untuk menghubungi sindiket terbabit.

"Polis kini sedang menyiasat keseluruhan rangkaian pengedaran itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta, cubaan seludup 25kg dadah gagal

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kastam Indonesia ‘upload’ rakaman CCTV detik penangkapan juruterbang Malaysia disyaki seludup dadah, suspek siap ‘standby’ sebotol urin

Beliau berkata, polis turut menyiasat bagaimana suspek berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang di Malaysia sebelum berlepas ke Indonesia.

Menurutnya, pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengenal pasti kaitan suspek dengan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi di peringkat serantau.

mStar pada Jumaat melaporkan seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25.1 kilogram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang.

Memetik laporan Antara, suspek ditahan selepas pegawai kastam mengesan sebuah bagasi yang mencurigakan ketika pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 3.

Hasil pemeriksaan mendapati bagasi itu mengandungi 14 bungkusan besar serta satu lagi bungkusan yang dipercayai berisi dadah jenis methamphetamine.

Artikel Lain