suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengiring MB Selangor maki pengguna jalan raya ‘bodoh’ dekat tol, Amirudin tampil mohon maaf

Kenderaan pengiring (kanan) yang dipercayai memarahi pengguna jalan raya.

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf susulan penularan sebuah video yang memaparkan tindakan seorang petugas pengiringnya didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengguna jalan raya.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Amirudin menjelaskan bahawa pihak pentadbirannya sudah membuat semakan terperinci berhubung insiden yang dipercayai berlaku pada petang Isnin itu.

"Berhubung isu video yang tular ini, setelah semakan dilakukan, secara peribadi saya memohon maaf atas perlakuan tersebut.

"Teguran telah dibuat ke atas petugas tersebut oleh pentadbiran saya dan akan dielakkan daripada berulang lagi pada masa hadapan.

"Sekali lagi saya mohon maaf," katanya.

Terdahulu, insiden itu mula menjadi perhatian ramai selepas seorang pengguna media sosial meluahkan rasa terkilan berdepan situasi berkenaan ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak orang ramai pulang dari tempat kerja berhampiran sebuah plaza tol.

Menurut individu berkenaan, sebuah kenderaan pengiring secara tiba-tiba membunyikan hon sebelum seorang petugas menurunkan cermin tingkap dan memaki hamun pengguna jalan raya kerana tidak memberi laluan.

"Saja nak tanya, pengiring Menteri Besar Selangor ni memang jenis yang tak berakal ke? Tadi tengah sesak teruk masa orang balik kerja, dia naik Proton X70 boleh pula turunkan tingkap jerkah maki bodoh sebab tak beri laluan.

"Dia tak nampak ke dekat tol, celah mana nak mencilok depan ada kereta. Kawan dia dekat depan pun tengah bukakan jalan. Tiba-tiba kau buka tingkap maki dekat kereta aku cakap bodoh," katanya.

Artikel Lain