suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga beranak ‘ghaib‘ akhirnya muncul... Pasangan suami isteri serah diri, direman empat hari disyaki terlibat hutang kutu RM25,000

Tahanan reman dimohon bagi membantu siasatan kes. -Gambar hiasan

PASANGAN suami isteri yang dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka sejak 20 Julai lalu, direman empat hari di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Perintah reman sehingga Ahad dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 36 tahun itu, bagi membantu siasatan.

Ia susulan kedua-dua mereka tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Jitra, Kedah kira-kira pukul 1.50 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, lelaki dan wanita itu akan dibawa ke Mahkamah Jitra untuk proses reman.

Sebelum ini, kisah mengenai kehilangan pasangan itu dan anak lelaki mereka mendapat perhatian ramai selepas bapa kepada wanita tersebut yang berusia 62 tahun membuat laporan polis.

Mereka dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam.

Ahli keluarga memaklumkan kali terakhir mereka dapat menghubungi anak-beranak itu pada 20 Julai lalu sebelum mereka gagal dihubungi.

Pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan tersebut pula mendapati tiga beranak itu pulang ke rumah mereka menggunakan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi pada Isnin lalu.

Mereka bagaimanapun keluar semula kira-kira sejam lapan minit kemudian.

Dalam perkembangan sama, polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak itu ada kaitan dengan masalah hutang kutu.

Ia susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000.

Artikel Lain