suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Izzah mohon lepas jawatan Timbalan Presiden PKR, diminta cuti sementara selepas dipujuk kepimpinan parti

Nurul Izzah akan mengambil cuti sementara daripada menjalankan tugasnya dalam parti, bermula selepas Kongres Nasional PKR 2026.

TIMBALAN Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil cuti sementara daripada menjalankan tugasnya dalam parti, bermula selepas Kongres Nasional PKR 2026 yang dijadual berlangsung minggu depan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Nurul Izzah pada awalnya memohon untuk melepaskan jawatan tersebut, namun kepimpinan parti memujuk beliau supaya mengambil cuti daripada tugas berkenaan.

Menurut Fahmi, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang diadakan pada Khamis.

Ujarnya, sepanjang tempoh itu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memangku tugas sebagai Timbalan Presiden parti.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata MPP turut menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan serta merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang bertungkus-lumus sepanjang kempen pilihan raya.

Mengulas mengenai Kongres Nasional PKR 2026, Fahmi berkata Nurul Izzah dijadual merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 14 Ogos.

Pada masa sama, MPP turut meluluskan kemasukan 3,533 ahli baharu yang mendaftar secara dalam talian bagi tempoh antara 12 Julai hingga Ogos 2026. -The Star

Artikel Lain