suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak jadi dakwa di IJN, prosiding kes pengisytiharan harta Ismail Sabri tangguh 27 Ogos

Ismail Sabri sedang menjalani rawatan di IJN.

 

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menangguhkan prosiding membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada 27 Ogos depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin menetapkan tarikh berkenaan bagi pembacaan pertuduhan dan merekodkan pengakuan Ahli Parlimen Bera itu pada pukul 9 pagi.

Penangguhan tersebut dibuat selepas Ismail Sabri dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sebelum ini, sumber memaklumkan terdapat kemungkinan prosiding pada Jumaat dijalankan di IJN, namun ia bergantung kepada nasihat doktor.

"Ia bergantung kepada nasihat doktor," kata sumber berkenaan.

Sumber terdekat Ismail Sabri turut mengesahkan bahawa bekas perdana menteri berkenaan menerima rawatan di institut tersebut.

Malah beliau pada asalnya dijadualkan menghadapi pertuduhan di hadapan Suzana pada pukul 9 pagi Jumaat.

Kes tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pengisytiharan harta Ismail Sabri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, beliau dipanggil beberapa kali bagi memberikan keterangan berhubung pengisytiharan hartanya.

SPRM turut menyita wang tunai dalam pelbagai mata wang asing berjumlah RM170 juta serta 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai RM7 juta ketika menjalankan siasatan.

Sitaan tersebut dilakukan menerusi beberapa serbuan ke atas premis susulan penahanan empat pegawai kanan Ismail Sabri pada Februari 2025. -The Star

Artikel Lain