suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sejarah tercipta di Negeri Sembilan... Ini senarai lengkap Exco dan portfolio gabungan BN-PN

Antara Adun yang mengangkat sumpah sebagai Exco Negeri Sembilan pada Jumaat.

SERAMAI 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan pada Jumaat.

Istiadat angkat sumpah yang bermula pukul 10 pagi itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti.

Lantikan tersebut merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang berjaya memperoleh majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri.

Dua muka lama yang dikekalkan dalam barisan pentadbiran negeri ialah Adun Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Datuk Mustapha Nagoor (Palong).

Exco negeri mengetengahkan dua wakil PN iaitu ADUN Serting, Mohd Fairuz Mohd Isa yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan serta Datuk Razali Abu Samah (Sikamat).

10 barisan EXCO yang mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Muhriz pada Jumaat.

10 barisan EXCO yang mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Muhriz pada Jumaat.

Sementara itu, lapan lagi muka baharu yang dilantik ialah Adun Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; Siow Kong Choon (Chennah) dan Siti Nur Umaira Hasim (Labu).

Turut dilantik ialah Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng), Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui) serta Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Turut berangkat menyaksikan istiadat tersebut ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Hadir sama Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar, Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan

Selain itu, istiadat berkenaan turut dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan beberapa Adun Pakatan Harapan (PH)  juga hadir pada majlis berkenaan.

Menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.

Keputusan tersebut membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan penguasaan majoriti dua pertiga iaitu 25 daripada 36 kerusi.

Berikut senarai lengkap Exco dan portfolio:

1. Datuk Ismail Lasim

Hal Ehwal Agama Islam & Keselamatan

Kewangan, Tanah & Sumber Asli

Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan Felda

2. Datuk Mohd. Faizal Ramli

Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah

3. Datuk Zaifulbahri Idris

Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan

4. Datuk Mustapha Nagoor

Pembangunan Belia dan Sukan

5. Siow Kong Choon

Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam

6. Siti Nur Umaira Hasim

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7. Datuk Mohd. Asna Amin

Perindustrian, Teknologi, Inovasi dan Digital

8. Datuk Mohd. Razi Mohd. Ali

Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup

9. Suhaimizan Bizar

Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO

10. Mohd. Fairuz Mohd. Isa

Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan

11. Datuk Razali Abu Samah

Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

Artikel Lain