suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah cari Firdaus Wong… Tak tahan difitnah kes kematian anjing Rocky, minta bantuan peguam!

Usaha mengumpul bukti sedang dijalankan pasukan Firdaus Wong.

PROSES mengumpul bukti kini rancak dijalankan bagi mengesan pihak yang didakwa memfitnah seorang petugas Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), susulan insiden kematian anjing bernama Rocky.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata, petugas berkenaan yang dikenali sebagai Shah menghubunginya untuk meminta bantuan selepas mendakwa menjadi sasaran pelbagai tuduhan berbaur fitnah.

"Setakat ini kami sedang dalam proses pengumpulan bukti-bukti dan mengenal pasti individu-individu yang terlibat dalam memfitnah Shah. 

"Kami akan bantu Shah untuk mendapatkan keadilan Insya-Allah," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi MBDK ikut SOP, tindakan pemilik punca Rocky tercekik

ARTIKEL BERKAITAN: Taksub isu Rocky, sanggup sebar maklumat peribadi... Peguam minta netizen hati-hati, jangan langgar undang-undang kerana emosi

Katanya, satu sidang media akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan perkembangan kes berkenaan.

Firdaus menjelaskan bahawa peranannya dalam isu berkenaan adalah sebagai penyelaras yang membantu Shah mendapatkan khidmat peguam, bukannya menyediakan khidmat guaman secara langsung.

“Shah dan wakilnya sendiri yang menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan kerana mereka tidak mempunyai pengalaman menguruskan isu seperti ini.

“Saya membantu mereka dengan mengumpulkan peguam-peguam yang sudi bersama membantu menegakkan keadilan untuk Shah,” katanya.

Mengulas kemungkinan tindakan undang-undang yang akan diambil, Firdaus berkata perkara itu akan diputuskan selepas semua bukti berkaitan dakwaan fitnah dikumpulkan dan diteliti pihak peguam.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak akan menamakan mana-mana individu yang didakwa terbabit buat masa ini kerana proses pengumpulan bukti masih berjalan.

Beliau dalam pada itu meminta individu yang mempunyai maklumat pihak yang telah memfitnah atau membuat pelbagai tuduhan terhadap Shah untuk menyalurkan info menerusi WhatsApp ke nombor 601172680647.

Untuk rekod, Rocky disahkan mati dalam kejadian pada 29 Julai lalu ketika operasi menangkap anjing liar dijalankan hasil kerjasama antara Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan penduduk setempat di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang.

Insiden itu mencetuskan perhatian ramai selepas rakaman video operasi berkenaan tular di media sosial.

Susulan penularan video tersebut, segelintir pihak mendakwa anggota yang terlibat bertindak kasar dan melakukan kekejaman sehingga menyebabkan kematian anjing berkenaan.

 

 

Artikel Lain