suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Hanya 49 hari sempat rasai kasih sayang… Adik Bang Aji meninggal dunia tersedak susu ketika tidur

Adik kepada Bang Aji meninggal dunia pada Jumaat akibat tersedak susu.

BAYI perempuan yang juga adik kepada pempengaruh cilik, Muhammad Aniq atau Bang Aji, meninggal dunia pada usia 49 hari akibat tersedak susu ketika tidur, pada Jumaat.

Menurut bapanya, Mohd Redzuan Zainol, kehadiran bayi diberi nama Kayla selama ini sengaja tidak dikongsikan kepada umum kerana mahu orang ramai lebih mengenali Bang Aji.

“Bang Aji dah hampir dua bulan ada adik perempuan. Ramai yang tak tahu, termasuk sahabat-sahabat saya.

“Nama dia Kayla dan umur dia 49 hari. Kayla meninggal dunia akibat tersedak susu waktu lena," katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur tengok gelagat comel Bang Aji, bapa tiada niat mahu anak popular… Rezeki Ramadan penuh ‘job’ reviu

Mohd Redzuan turut menjelaskan beberapa video kenangan bersama Kayla yang dimuat naik bukanlah kandungan baharu, sebaliknya rakaman yang diambil beberapa hari dan minggu sebelumnya.

Dia juga turut menafikan kehilangan bayi perempuan itu berpunca daripada Bang Aji memberikan susu kepada adiknya.

"Ada yang komen kat video tu kata kematian Kayla disebabkan oleh Bang Haji bagi susu. Yang tu video dah beberapa hari dah sebelum kejadian.

“Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat dan peminat Bang Aji yang mendoakan kebaikan untuk keluarga kami serta mengucapkan takziah," katanya.

Berdasarkan jawapan di ruangan komen, Mohd Redzuan memaklumkan video Bang Aji memberikan susu kepada adiknya adalah dua minggu sebelum kejadian.

Jenazah Kayla selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wustha di Guar Chempedak, Kedah pada Sabtu.

 

 

 

Artikel Lain