suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita OKU didakwa dirogol sekumpulan lelaki Rohingya! Polis gempur penempatan warga asing buru suspek

JSJ Terengganu dengan Imigresen Terengganu menjalankan serbuan di penempatan warga asing di Bakau Tinggi di Kemaman. -Gambar Polis Terengganu

POLIS menyerbu penempatan warga asing di Bakau Tinggi di Kemaman, Terengganu dalam operasi khas bagi memburu suspek kes rogol membabitkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) pada awal pagi Isnin.

Operasi yang bermula pulul 12.01 tengah malam hingga 6 pagi itu membabitkan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, operasi bersepadu itu memfokuskan usaha mengesan dan menahan suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

"Dalam operasi itu, seramai 33 individu diperiksa, terdiri daripada enam warga tempatan dan 27 warga asing. Daripada jumlah tersebut, enam lelaki, lima wanita dan 16 kanak-kanak diperiksa.

"Dua lelaki warga asing kemudian ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan.

Mohd Khairi berkata, polis bersama JIM akan terus mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di negeri ini terus terpelihara.

"PDRM ingin menyampaikan nasihat dan peringatan tegas kepada seluruh lapisan masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan undang-undang terhadap warga asing. 

"Sebarang tindakan melampau ini boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan masyarakat setempat. Serahkan sepenuhnya urusan dan tindakan untuk siasatan kepada pihak berkuasa," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan mengenai empat lelaki warga Rohingya yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol terhadap seorang wanita OKU tempatan pada Jumaat, 7 Ogos lalu.

Susulan itu, Mohd Khairi dalam kenyataan pada Sabtu malam memaklumkan tiga daripada suspek ditahan polis dan direman selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu.

Artikel Lain