suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM mohon maaf tak dapat sertai Sidang Khas RCI Tabung Haji, ikuti perbahasan secara dekat

Perdana Menteri pada Isnin menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf tidak dapat bersama dalam Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), pada Selasa.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar turut mendoakan agar persidangan berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut

"Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara," ujarnya menerusi kenyataan pada Selasa.

Berkongsi perkembangan terkini Anwar, Tunku Nashrul berkata, keadaan kesihatan beliau semakin baik dan akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.

"Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau, serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin," ujarnya. 

Pada Isnin, Anwar dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia.

Artikel Lain