suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Penumpang MRT panik tikus berlari-lari dalam tren, Rapid KL pesan jangan makan dan minum elak haiwan perosak

Seekor tikus menyebabkan suasana dalam tren MRT menjadi panik.

SUASANA di dalam tren Transit Aliran Massa (MRT) bertukar kecoh dan panik pada pagi Khamis apabila penumpang dikejutkan dengan kemunculan seekor tikus.

Menerusi klip pendek di Threads [Tonton Video], keadaan kelihatan kecoh dengan masing-masing penumpang mengangkat kaki, malah ada yang cuba menendang haiwan berkenaan selepas ia melompat ke arahnya.

Susulan penularan video tersebut, Rapid KL menjelaskan pihaknya sudah pun menerima maklum balas berhubung insiden berkenaan daripada pengguna.

"Haiwan tersebut telah pun keluar dari tren.

"Operasi ambil maklum dan akan terus memastikan kebersihan, keselesaan dan keselamatan penumpang terjaga buat semua," katanya.

Dalam pada itu, Rapid KL turut memohon kerjasama daripada semua penumpang agar sentiasa menjaga kebersihan sepanjang berada di dalam tren.

"Kami ambil kesempatan ini memohon kerjasama penumpang untuk jaga kebersihan, tidak makan dan minum di dalam tren.

"Ia boleh mengundang haiwan perosak mencari makan di dalamnya. Mohon kerjasama. Terima kasih," katanya.

Artikel Lain