suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyiasat JSJN diberi akses soal siasat juruterbang ditahan di Indonesia

Pihak berkuasa Indonesia membenarkan pasukan penyiasat Malaysia untuk menemu bual juruterbang yang disyaki terlibat menyeludup dadah pada 28 Julai lalu.

PASUKAN penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dihantar ke Jakarta, Indonesia diberikan akses untuk menyoal siasat juruterbang Malaysia yang ditahan berhubung kes penyeludupan dadah di negara berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pihak berkuasa Indonesia membenarkan pasukan penyiasat Malaysia untuk menemu bual suspek.

"Saya menerima taklimat awal daripada Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan.

"Sejak awal lagi, penyiasat kita diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menemu bual subjek yang terbabit," kata Saifuddin kepada pemberita pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta, cubaan seludup 25kg dadah gagal

Tambahnya, siasatan masih berjalan dan perkembangan mengenainya akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Mengulas berhubung langkah mengetatkan kawalan keselamatan di lapangan terbang, Saifuddin Nasution berkata beliau menerima taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pasukan yang menyelaras perkara itu membabitkan pelbagai agensi.

Beliau menyatakan bahawa cadangan komprehensif untuk mempertingkatkan protokol keselamatan di seluruh lapangan terbang negara akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan selepas tempoh kajian selama dua minggu.

Pada 28 Julai lalu, suspek yang berusia 39 tahun itu tahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25.1 kilogram melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang.

Suspek ditahan selepas pegawai kastam mengesan sebuah bagasi yang mencurigakan ketika pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal 3.

Hasil pemeriksaan mendapati bagasi itu mengandungi 14 bungkusan besar serta satu lagi bungkusan yang dipercayai berisi dadah jenis methamphetamine.

Artikel Lain