suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kes diam, mati begitu sahaja” - Rafizi tak lupa, terus tunggu dalang kes serangan anaknya diheret ke muka pengadilan

Rafizi (kanan) bersama isteri dan anak tunggal mereka yang menjadi mangsa serangan pada 13 Ogos 2025.

GENAP setahun kejadian berlalu, bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli meluahkan rasa kesal apabila mendakwa tiada sebarang penyelesaian atau perkembangan berhubung kes serangan fizikal terhadap anak lelakinya.

Lebih mengecewakan, Rafizi mendakwa beliau sebenarnya pernah dimaklumkan secara tidak rasmi mengenai individu yang disyaki menjadi dalang di sebalik insiden hitam yang berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada 13 Ogos 2025 itu.

"Setahun berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja. 

"Saya ada dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dalang yang disyaki, tetapi apabila saya minta beliau jawab secara terbuka di Parlimen, beliau menolak," katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Diam, andai teruskan Aids” - Isteri Rafizi dapat mesej ugutan sehari selepas anak lelaki diserang

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Bukit Aman ambil alih kes serangan anak Rafizi

Katanya, kejadian itu berlaku pada waktu siang dan turut mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), selain nombor telefon yang digunakan untuk menghantar mesej ugutan.

"Serangan seperti ini mungkin akan dilupakan oleh pihak berkuasa dan mereka yang memegang amanah, tetapi ia tidak mungkin dilupakan oleh mangsa.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang kanak-kanak diserang dan isteri diugut hanya kerana pendirian politik suaminya," katanya.

Rafizi menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada ugutan berkenaan dan akan terus menunggu setiap 13 Ogos sehingga individu yang menyerang anaknya serta dalang di sebalik kejadian itu dibawa ke muka pengadilan.

Untuk rekod, dalam kejadian pada 13 Ogos 2025, anak lelaki Rafizi yang ketika itu berusia 12 tahun telah disuntik menggunakan picagari di bahagian bahu sewaktu berada di kawasan tempat letak kereta.

Selepas serangan itu, isteri kepada bekas Menteri Ekonomi tersebut menerima mesej susulan berbunyi, 'diam andai teruskan Aids.

Artikel Lain