suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isytihar kerusi, gelas tahan karat... Rupanya kontena bawa 1,240 alat mainan seks mendarat di Pelabuhan Klang!

Kastam merampas sejumlah alat mainan seks haram bernilai RM52,500.

JABATAN Kastam Diraja Malaysia merampas 1,240 alat mainan seks haram bernilai RM52,500 selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kontena yang mencurigakan.

Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak berkata, pihaknya menahan kontena berkenaan pada 26 Mei lalu di Zon Bebas Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1,240 alat mainan seks dibungkus di dalam kontena berkenaan bersama barangan lain.

"Barangan yang dirampas itu diklasifikasikan sebagai barangan larangan," katanya ketika sidang media di ibu pejabat Kastam Selangor.

Noraidah berkata, penghantaran itu berasal dari sebuah negara lain di Asia dan tiba di pelabuhan berkenaan pada 21 Mei.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti penerima sebenar barangan terlarang berkenaan.

"Kontena itu diisytiharkan menggunakan pengikraran palsu menerusi Borang Kastam No. 1, dengan menyenaraikan barangan berkenaan sebagai kerusi, beg pinggang, gelas keluli tahan karat dan pakaian dalam bagi mengelak dikesan pihak jabatan.

"Kes masih dalam siasatan. Kami percaya barangan berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya. -The Star

Artikel Lain