suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang dedah rahsia bolos kawalan keselamatan KLIA... Buka pekung sindiket dadah dan aliran duit

Seorang juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta pada 28 Julai.

BUKIT Aman berjaya memperoleh maklumat penting berkaitan sindiket dadah selepas menyoal siasat juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup bahan terlarang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan penyiasat jabatan itu menerima kerjasama penuh daripada Polis Nasional Indonesia (Polri) yang memberi kebenaran untuk mereka menemu bual suspek berusia 39 tahun itu.

"Temu bual yang pada awalnya dijadualkan pada 12 dan 13 Ogos berjalan lancar sebelum Polri membenarkan pasukan Malaysia melanjutkan sesi berkenaan sehari lagi sehingga 14 Ogos.

"Suspek juga memberikan kerjasama baik kepada pasukan siasatan JSJN," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Dalam tempoh dua hari pertama sesi temu bual, Hussein berkata pasukan berkenaan berjaya memperoleh maklumat mengenai sindiket yang terbabit di Malaysia dan beberapa negara lain, selain penglibatan suspek dalam rangkaian pengedaran dadah tempatan dan antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pegawai Bukit Aman ke Jakarta, diberi 2 hari soal siasat juruterbang Malaysia ditahan kes dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ‘fly’ ke Indonesia, juruterbang Malaysia ambil puluhan ribu bekalan dadah di Ampang

"Maklumat yang diperoleh memberikan petunjuk penting kepada JSJN, termasuk usaha mengesan anggota sindiket dadah yang beroperasi di Malaysia.

"Maklumat itu juga akan dikongsi dengan agensi penguatkuasaan dadah di negara terbabit bagi membantu mengesan rangkaian antarabangsa berkenaan," ujarnya.

Dia berkata, antara maklumat penting yang diperoleh ialah bagaimana suspek berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selain aliran kewangan sindiket dadah di dalam dan luar negara.

Pada 28 Julai lalu, juruterbang rakyat Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pegawai menemui 15 bungkusan besar mengandungi 70,114 pil ekstasi dan dadah jenis methamphetamine dalam bagasinya. -The Star

 

Artikel Lain